Monday, February 4, 2013

Ini akhir .


Ini yang akhir .
Dan kalau faham konsep , aku tak akan munafik .
Bila aku taip ‘terakhir’ , ini adalah akhir kalinya aku sentuh .
Bukan harini aku ulas , esok aku ulas lagi berulang ulang dalam medium apa saja yang boleh .
Ungkit lagi sejuta kali sampai puas hati .
Provokasi bergabung bersama syaitan di kepala .
Maaf , itu mungkin orang lain . Tapi ini aku .
Jadi fahamkan betul betul ini terakhir aku ulas benda yang dah berkulat .

Selama hari ini . Sampai saat ini .
Bermula dari aku tahu kau nistakan aku . Aku diam .
Aku fahamkan diri aku , orang tengah salah faham .
Bila kau bersembang dekat blog , aku lantakkan .
Walhal mulanya awal , sebelum aku pernah tahu langsung engkau dah mulakan canang buruknya aku pada mata orang .
Bila kau fitnahkan dimana mana , aku senyapkan .
Bila kau melampau lampau , aku nasihatkan .
Kencangnya , engkau pun tahu . 
Jadi tak perlu rasanya aku jeda jedakan .



Aku mengaku , aku pernah rasa jelik .
Aku pernah marah .
Aku pernah malu .
Aku pernah rasa geram .
Aku pernah rasa tak dapat faham .
Aku pernah rasa kurang sabar .
Tapi tak pernah sekali semua itu mengawal perbatasan aku berbicara .
Madah terasa , apa aku nak wacanakan lagi .
Madah menolak , aku dah tak reti .

Aku bahagia . Kami bahagia .
Dari dulu lagi aku tahu macamana hendak bahagia dengan apa yang Allah pinjamkan untuk aku .
Tak ada sekelumit pun rasa nak bagi engkau rasa sengsara tengok bahagia aku .
Kalau kau tak mahu kongsi rasa bahagia aku pun aku tak pernah paksa .
Satu pinjaman bahagia itu Allah tarik balik pun , aku akan usaha redha .
Aku tahu aku bahagia atas kehendak Dia .
Malah aku bahagia dengan kebahagian orang lain yang diizinkan dikongsi sama .

Jadi akhir ini , aku bicarakan .
Apa sahaja selepas ini .
Aku tak akan menyentuh lagi .
Kau ulanglah berapa kali , kau pajakkan lah berapa banyak rasa benci .
Kau ungkitlah buruk mana yang engkau rekakan .
Aku tetap aku yang dulu .
Aku yang tahu redha pada apa saja yang Allah aturkan .
Aku takkan jelaskan pada orang yang tidak pernah mungkin faham bahasa ikhlas .
Aku tetap yang dulu , yang sentiasa menapis dengan akal aku terhadap keburukan kau yang disampai-sampaikan kepada aku .
Aku masih menidakkan apa cela yang aku tahu pasal engkau .
Sebab aku tahu cela aku bukan tiada .
Aku harap Allah kekalkan ini untuk aku .

Dan doa aku , kau bahagia .
Maaf atas apa sahaja . Aku juga pernah minta sebelumnya .
Tiada penipuan langsung pada bahasa doa aku .
Aku tahu Allah tahu  . Aku tahu Allah faham .
Ini saja yang bukan akhir .
Yang lain aku noktahkan disini .
Wallahi , aku tak akan bahas atas apa sahaja berkaitan hal ini selepas sesaat aku maktubkan apa yang aku bukukan dalam hati aku sekejap lagi .

No comments:

Post a Comment