Saturday, March 2, 2013

Kenapa Mesti Iri Hati ?

Apa mati jika orang lebih seinci ?
Apa mati kalau orang lain berjaya hari ini ?
Apa mati kalau tengok orang bahagia ?
Apa mati tengok melimpah ruah orang lain punya rezeki ?

Faham sesuatu .
Rezeki , kejayaan atau apa sahaja yang ada dalam dunia ni semua pinjaman .
Sekalipun rezeki orang dilalukan ke atas kamu terlebih dahulu .
Belajarlah ingatkan diri , jangan rasa dengki .
Iri hati ini nampak remeh , tapi menjahanamkan diri sendiri itu , tahap satu .
Yang atas sekali .

Sayang saja , punya harta , punya semua , tapi hati berjelaga .
Tak tenteram dengan tenteramnya orang lain .
Tak tenang dengan kesenangan saudara - saudara .
Kalau orang berjaya , apa salahnya berbahagia sekali ?
Tumpang sekaki ?
Tumpang bahagianyalah , jangan duitnya . Hahahaha !

*Kalau kita dah cukup semua , cukup harta malah berlebihan , kenapa ada rasa tak mahu orang lebih dari kita ? -- Bersyukurlah .

1) Doa atasi perasaan hasad dengki

Dan kami cabut akan apa yang ada dihati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra) , serta mereka duduk berhadapan hadapan di atas pelamin masing masing .. (AL Hijr : 47)

2) Doa dijauhkan hasad dengki


*Ingatan juga untuk diri sendiri*

No comments:

Post a Comment