Salam & Hello--
Mommies & Future Mommies!
Sebagai seorang nubis aka freshies dalam bidang mak-mak budak ni, seriously agak clueless dan gelabah ayam sikit kat situ bila nak fikir bab preparations dari segala segi start dari early pregnancy sampai baby nak deliver. Tapi alhamdulillah la, husband cheq rajin tolong wife dia ni buat research. And kekadang dia yang over. Hiks! Alhamdulillah!
Setelah mengambil iktibar dan pengajaran selain nasihat kakak ipar and kakak sendiri yang dah berpengalaman serta permintaan suami yang taknak jauh dari isteri gemuk dia ni; keputusan untuk bersalin di Johor telah dibuat. Fuh! *Lap peluh.
Dan, to cut the story short, Columbia Asia Nusajaya (CAN) dipilih sebagai pilihan akhir dan muktamad, atas beberapa faktor berikut;
1) Review daripada mommies yang lain.
- Ramai yang kata, CAN absolutely less cramp compared to other PH such as KPJ & Pakar Puteri. So, untuk mengelakkan ketidakselesaan seperti bersadai lama dekat hospital dan diabaikan, CAN adalah yang paling best reviewed. Win 1!
2) Pengalaman mengerikan beberapa mommies di HSI.
- HSI adalah GH. Bukanlah nak condemn, tapi based on research banyak yang complaint. Disebabkan mummy Zigha is very penakut dan ini adalah pengalaman pertama, maka mummy Zigha tak jadilah pergi HSI yang paling dekat dengan rumah ni. Ada lagi satu pilihan GH, HSA. Review ramai kata HSA not bad, tapi HSA agak jauh dari rumah, and risau ditolak juga kat HSI kalau pegi HSA. Win 2!
3) Availability of malay female gynae in PH Johor.
- Dekat PH Johor, yang ada gynae perempuan melayu, KPJ, Pakar Puteri and CAN. Atas alasan KPJ yang dah cramped, CAN jela yang tinggal. Namanya Dr. Rohaini. Setakat ni baru sekali jumpa, and she's superb. Ok, bab ni, mungkin boleh cerita detail next entry. Win 3!
4) Review layanan dan kebersihan hospital.
Disebabkan dah ramai orang, ramailah pesakit, bila ramai pesakit, ramai jugalah pelawat, dan staff pun akan menjadi tak cukup kaki dan tangan mereka untuk menguruskan manusia-manusia yang ramai ini. Atas sebab itulah, beberapa review kata, aspek kebersihan dan layanan bak puteri gunung ledang sedikit kurang memuaskan dan tidak boleh diharapkan setinggi gunung di KPJ. *Ini review orang lain tau, janganlah bash hakak pulak di atas research yang hakak lakukan ini. Win 4!
Costs tak termasuk dalam lists of factors sebab memang dah bare in mind, private hospital memanglah, you should ready for the costs. Kalau macam CAN ni kalau normal deliver dalam range MYR2800 - MYR3800. Maka, selamat menabung! *Duit bersayap*
Kalau mommies lain yang ada pengalaman lagi best, boleh la share, still sempat kot kalau hati mummy Zigha nak berbolak balik sekarang ni. Hehehe!
Ok. Sekian.
Da - da.
Da - da.
No comments:
Post a Comment